Categories

Tamara Bleszynski Kahwini Mike Lewis

Categories: Hiburan, Sensasi

  • Share
  • Share

AKARTA: Aktres terkenal Indonesia, Tamara Bleszynski, dilaporkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Mike Lewis yang tujuh tahun lebih muda daripadanya di Villa Bayu Shaba, Jimbaran, Bali, pada 2 Februari lalu.

Tamara, 35, dan Mike, 28, belum memberi pengesahan mengenai kesahihan laporan itu berikutan ia didedahkan pengurus pasangan berkenaan.

Arif, pengurus Mike, memberitahu pernikahan Tamara dan pasangannya tidak dibantu pengurus dua selebriti itu tetapi mereka tidak berniat menyembunyikannya daripada umum.

“Perkahwinan itu bukan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum. Tetapi, konsep perkahwinan itu memang bukan berasal daripada idea kami tetapi keluarga mereka,” kata Arif.

Beliau menyambut baik perkahwinan mereka dan menyifatkannya berita gembira. “Saya akan maklumkan, jika berita itu boleh disahkan,” katanya.

Arif juga mengakui, pengurus Tamara dan Mike menerima banyak panggilan yang meminta pengesahan perkahwinan itu.

Apapun, Tamara dan Mike dilaporkan sudah lama mempunyai hubungan intim. Malah, berita mengenai hubungan mereka sudah tersebar sejak Tamara bercerai dengan Teuku Rafly Pasha tetapi dinafikan aktres itu.

Bagaimanapun, pada Disember 2009, Tamara dilihat keluar bersama Mike ketika pelancaran filem Air Terjun Pengantin lakonan aktres itu.

Aktres itu mengakui dia intim dengan Mike selepas mereka tampil membicarakan kisah cinta dalam program bual bicara Just Alvin! di Metro TV.

Dalam program televisyen bertajuk Tamara a new beginning (Tamara, permulaan baru), Tamara berkata dia mula rapat dengan Mike pada April 2009, ketika menyertai program televisyen. Sejak itu, hubungan mereka semakin rapat.

Sumber : Bharian

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About the Author

Konda kondi merupakan permainan tradisional orang Melayu. Mungkin ia kini sudah makin di lupakan. Mungkin bagi generasi yang terdahulu, permainan ini amat popular sekali. Namun, blog ini tiada kaitan langsung dengan permainan konda-kondi. Niche blog ini bebas dan penulis berhak berkongsi apa sahaja yang datang ke email penulis. Jika anda ada cerita menarik, hantarkan pada admin@kondakondi.com

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

There are no comments on this entry.

Trackbacks

There are no trackbacks on this entry.

Add a Comment

Required

Will not be published. Required

Optional