Categories

Tak Salah Beristerikan Janda

Categories: Agama, Cinta, Sensasi

  • Share
  • Share

SOALAN: Saya seorang siswa tahun akhir di sebuah universiti tempatan yang berusia 21 tahun. Saya berkenalan dengan seorang janda melalui telefon. Beliau merupakan seorang pegawai berusia awal 20-an. Kami saling mencintai dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Saya amat tertarik pada janda ini kerana budi bahasa dan sopan santunnya yang tinggi. Tahap pendidikannya juga setaraf pendidikan saya. Soalan saya, apa pandangan agama dan masyarakat terhadap keputusan saya menerima janda ini sebagai isteri. Patutkah saya teruskan hasrat mengahwininya sekalipun masyarakat memandang serong kepada saya. Andainya hubungan saya perlu dihentikan setakat ini, apakah jalan terbaik bagi saya untuk mendapatkan pasangan hidup. – ZULKIFLI, Telaga Bina.

JAWAPAN: Setujukah anda jika saya katakan, cinta dalam ikatan sesuatu perkahwinan meskipun penting, namun ia bukan segala-galanya. Kebahagiaan rumah tangga adalah hasil gabungan antara cinta dan beberapa unsur sampingan yang lain seperti persefahaman, tahap sosial yang tinggi, kewangan yang kukuh, rupa paras yang menawan hati dan keluarga yang dihormati.

Kelazatan sesuatu hidangan pada dasarnya banyak bergantung pada resipinya yang diadun seimbang antara bahan masakan dan rempah kari yang disebatikan.

Meneruskan perkahwinan dengan seseorang wanita, bagaikan jual beli yang dibuat cara borong. Pembeli bersetuju dengan harga yang ditawar dan dengan satu dua perkara yang diminatinya. Kadang-kadang barang yang dibeli dengan cara ini terpaksa menerima realiti yang ada baik dan buruknya. Memang benar, membeli sebakul buah pasti ada yang manis dan ada yang masam.

Perkahwinan tidak boleh dibina semata-mata atas dasar cinta sama cinta. Pengalaman menunjukkan cinta mudah kering sebaik sahaja ditiup angin dan udara. Bertanyalah pengalaman orang tua yang lebih dahulu merasa asam garam perkahwinan.

Anda dikira tidak bijak jika tidak mengambil kira pandangan orang lain yang pernah merasai pahit maungnya hidup berumah tangga. Jika ada orang menasihati anda, supaya tidak membeli sesuatu barang kerana dibimbangi bahayanya, anda sepatutnya tidak menjawab “biar saya cuba”.

Merujuk masalah anda yang kini mencintai seorang janda, kerana budi bahasa dan sopan santunnya yang tinggi, saya ingin mengajukan beberapa soalan sekadar membuka minda anda untuk berfikir dan seterusnya membuat keputusan.

Pertama: Adakah perkahwinan seorang lelaki dengan janda yang sudah kahwin itu suatu keaiban? Jawabnya tidak aib dari pandangan agama, kerana Nabi s.a.w dan ramai para sahabatnya mengahwini janda. Jika perkahwinan seumpama itu merupakan suatu keaiban dari segi agama, tentu sekali baginda tidak mengahwini Khatijah yang pada ketika itu seorang janda berusia lewat 40-an.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About the Author

Konda kondi merupakan permainan tradisional orang Melayu. Mungkin ia kini sudah makin di lupakan. Mungkin bagi generasi yang terdahulu, permainan ini amat popular sekali. Namun, blog ini tiada kaitan langsung dengan permainan konda-kondi. Niche blog ini bebas dan penulis berhak berkongsi apa sahaja yang datang ke email penulis. Jika anda ada cerita menarik, hantarkan pada admin@kondakondi.com

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

There are no comments on this entry.

Trackbacks

There are no trackbacks on this entry.

Add a Comment

Required

Will not be published. Required

Optional