Categories

Nombor Telefon Tuhan

Categories: Agama, Lawak

  • Share
  • Share

Nombor Telefon Tuhan ada 5 digit?? Kekadang menyembang dengan orang tua ni kelakar pun ada, terasa ‘bunk’ pun ada. Kena pulak yang kita tengah hadap tu bukan alang-alang orang. Agaknya pada mata dia, seronok kot tengok kita terkulat-kulat mencari jawapan. Lepas tu dia senyum sumbing je tengok gelagat kita.

Begitulah pengalaman aku 8-9 tahun dahulu. Ini lah ceritanya:

“Tahu nombor telefon Allah Taala?” Tetiba je aku di tanya orang tua ni.

“Hah?!” Dalam kepala aku dah nampak pondok telepon je.. pondok telepon telekom tu lah, yang warna biru tuu.. hebat orang tua ni, nombor telepon Allah Taala pun dia buleh tau. AKu dah merangka-rangka nak telepon juga selepas ini! Masa tu handphone masih lagi ‘rare species’.

“Hah, cepat salin!”

Beria-ria aku carik pen dengan kertas. Pergh! aku rasa memang best betul masa tu… apa tidaknya, aku bakal menerima nombor telepon Allah Taala dan lepas ni aku buleh ‘call’ DIA!. Sapa tak rasa best!?

“Tiga, empat, dua, empat, empat!”

Aiik..? apasal 5 nombor je? setau aku paling kurang nombor telepon kena ada tujuh digit (Masa ni nombor telepon 7 angka saja). Agaknya nombor ‘special’ kot? Musykil betul aku.

“Apasal 5 nombor je pakcik?”

“Ye la, tiga maghrib, empat isya’, dua subuh, empat zuhur dan empat asar!”

mmmmmmph! jenuh aku kena ketawa! apa punya benak aku ni.

Memang betul lah, sewaktu kita bersolat itu kita sedang berinteraksi dengan DIA. Maknanya kita ‘call’ DIA! Sedangkan waktu azan itu, DIA yang ‘call’.

34244… cuba la dail. gerenti dapat! tak pernah ‘engage’!

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About the Author

Konda kondi merupakan permainan tradisional orang Melayu. Mungkin ia kini sudah makin di lupakan. Mungkin bagi generasi yang terdahulu, permainan ini amat popular sekali. Namun, blog ini tiada kaitan langsung dengan permainan konda-kondi. Niche blog ini bebas dan penulis berhak berkongsi apa sahaja yang datang ke email penulis. Jika anda ada cerita menarik, hantarkan pada admin@kondakondi.com

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

  1. penhitam Feb 13, 2011

    hehe..ni dah tahu dahh..

    [Reply]

    Konda Kondi Reply:

    haha…
    ramai yg dah tau ni..
    tapi tak ramai yg amalkan…

    [Reply]

Trackbacks

There are no trackbacks on this entry.

Add a Comment

Required

Will not be published. Required

Optional