Categories

Maharaja Bollywood!

Categories: Hiburan

  • Share
  • Share

3 Idiots lonjak Aamir ke takhta singkir Shah Rukh Khan, Salman Khan

BERITA yang dipetik daripada BBC Asia melaporkan filem Bollywood berjudul 3 Idiots memecahkan rekod pecah panggung di India dan antarabangsa, apabila mencatatkan kutipan kasar RM258 juta sejak mula ditayangkan pada 24 Disember 2009. Ia juga memecahkan angka kutipan kasar untuk filem India di Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Pakistan, Fiji dan Kenya.

Kejaayaan filem 3 Idiots meletakkan Aamir Khan merampas takhta nombor satu Khan daripada Shah Rukh Khan (RKN) yang jatuh di tempat kedua, manakala tempat ketiga disandang oleh Salman Khan.

Aamir dikenali sebagai pelakon yang mengutamakan kesempurnaan. Dia akan menerima tawaran hanya selepas menerima skrip yang sudah siap sepenuhnya tanpa ada apa-apa rombakan lagi apabila penggambaran dimulakan. Apabila sudah terikat dengan sesebuah produksi, Aamir memberikan tumpuan sepenuhnya dan menolak sebarang tawaran selagi filem yang dibintanginya tidak selesai.

Aamir memegang watak sebagai pelajar yang hilang secara misteri dalam filem 3 Idiot itu, berkata, dia memang amat gembira dengan kejayaan filem itu.

Filem 3 Idiots arahan Raju Hirani itu diadaptasi daripada novel tulisan Chetan Bhagat iaitu Five Point Someone . Ia menampilkan Aamir Khan sebagai Ryan digandingkan dengan Kareena Kapoor dengan watak Nega Kurien, Sharman Joshi (Alok), Madhawan (Hari) dan Boman Irani (Profesor Kurien).

Walaupun lakonannya mendapat pujian, tetapi Aamir tetap bertenang dan tidak mudah tenggelam dengan kata-kata yang dianggapnya menyenangkan hati itu. “Iyerlah, saya pun suka dengan maklum balas daripada peminat dan penonton. Tapi saya tahu mana satu pujian yang ikhlas, dan mana satu tidak,” katanya.

Menceritakan pengalamannya dalam filem 3 Idiots, Ammir menjelaskan, dia berterima kasih kepada Raju Irani kerana ‘memberi seksaan’ yang berat tetapi akhirnya memberikan hasil lakonan cukup mengagumkan.

“Saya terkejut dengan persembahan lakonan saya dalam filem itu. Terima kasih kepada Raju Hirani. Dalam realiti, saya tidak melakukan mimik dengan baik tetapi Raju menyuruh saya supaya mempelajari bahasa badan Boman Irani ketika menyanyikan lagu Zoobi Doobi. Daripada situ, saya berjaya melakukannya dengan baik,” katanya.

Katanya, dia membawa peranan sebagai seorang profesor yang sensitif dalam Taara Zamen Par, kemudian mendukung peranan sebagai pembunuh bersiri daalam filem Ghajini dan menerusi 3 Idiot pula memainkan watak pelajar kolej yang mana semuanya menghasilkan karektor berbeza yang amat ketara antara satu sama lain.

“Saya berpendapat, setiap filem memerlukan cara pemasarannya tersendiri. Cara saya memasarkan Taara Zamen Par sudah tentu amat berbeza sekali dengan Ghanjini. Tapi dalam 3 Idiots pula, strateginya memang berbeza dan saya mengambil berat terhadap hal ini,” katanya.

Mengenai Kareena, Aamir tidak menafikan aktres itu menampilkan persembahan yang bagus. Katanya, Kareena bukan saja cantik tetapi juga seorang yang peramah dan suka berseloroh.

“Mula-mula kerja dengan Karisma dalam Raja Hindustani, saya rasa selepas bekerja dengan dia (Kareena) dalam 3 Idiots, segala-galanya nampak lancar. Ketika masing-masing sibuk dalam aktiviti promosi filem 3 Idiots, saya merancang untuk menonton Kurbaan sebab saya mahu dia dan Saif melakukannya dengan baik, kedua-duanya yang saya kenal memang cukup profesional,” jelas Aamir.

Sebelum ini, Kareena pernah berkata pertama kali bertemu dengan Aamir apabila dia (Kareena) dan Karisma berkunjung ke lokasi penggambaran filem Raja Hindustani.

“Aamir adalah seorang yang ‘cinematic genius’. Saya rasa perjalanan setiap aktor itu tidak akan sempurna kalau tidak bekerja dengan aktor berkaliber seperti Aamir Khan. Aamir Khan adalah maharaja Bollywood dan saya tidak teragak-agak berlakon dengan Aamir dalam dalam 3 Idiots adalah satu pencapaian awal dalam karier sebagai seorang aktres,” jelas Kareena.

Majalah Time melaporkan Aaamir sebagai antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi di India. Dia juga dikenali sebagai ‘Sean Penn’ India dan dikatakan amat rapat dengan Rani Mukherjee dan Urmila Montondkar.

Selain berlakon, Aamir juga mula terbabit dengan kerjaya sebagai produser dan pengarah pula. “Menjadi pembuat filem ini seperti orang berjuang di medan perang dengan ketuanya berada di hadapan sekali,” katanya.

INFO: Aamir Khan

  • Dilahirkan pada 14 March 1965, di Mumbai, India. Aamir mula diperkenalkan dalam pentas filem sewaktu kanak-kanak lagi iaitu menerusi filem Yaadon Ki Baraat pada 1973. Dia paling muda dalam tiga kanak-kanak yang membintangi filem itu.
  • Pada 1984 dia berlakon dalam filem Holi dengan kawan akrabnya, Ashutosh Gowariker yang ini menjadi pengarah. Filem itu turut dibintangi Naseeruddin Shah. Dua meninggalkan lakonan dan menjadi pemain tenis. Pernah menjadi juara untuk mewakili negeri Maharasthra.
  • Pernah jatuh cinta dengan gadis sebelah rumah yang dikenali sebagai Reena Dutta dan pada usia 21 tahun menyatakan hasrat untuk melamarnya tetapi dibantah keluarganya. Ini kerana gadis pilihannya itu beragama Hindu sedangkan keluarganya penganut Islam. Bagaimanapun, mereka kemudian berkahwin juga tetapi secara rahsia.
  • Aamir berlakon secara serius pada tahun 1988 menerusi filem Qayamat Se Qayamat Tak. Filem seterusnya ialah Dil (1990), Dil Hai Ke Manta Nahin (1990), Jo Jeeta Wohi Sikander (1992), Hum Hain Rahi Pyar Ke (1993), Andaz Apna Apna (1994), Rangeela (1995), Raja Hindustani (1996), Ishq (1997), Ghulam (1998), Sarfarosh (1999), Dil Chahta Hai (2001), Lagaan (2001), Mangal Panday(2005), Fanaa (2006) dan Rang De Basanti(2006).

Pendapatan Aamir Khan

  • Filem Ghajini (2008) – RM19 juta
  • Filem Fanaa (2006) – RM13 juta
  • Filem Rang De Basanti (2006) – RM13 juta
  • Filem The Rising: Ballad of Mangal Pandey (2005) – RM10 juta
  • Filem Dil Chahta Hai (2001) – RM3.8 juta
Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About the Author

Konda kondi merupakan permainan tradisional orang Melayu. Mungkin ia kini sudah makin di lupakan. Mungkin bagi generasi yang terdahulu, permainan ini amat popular sekali. Namun, blog ini tiada kaitan langsung dengan permainan konda-kondi. Niche blog ini bebas dan penulis berhak berkongsi apa sahaja yang datang ke email penulis. Jika anda ada cerita menarik, hantarkan pada admin@kondakondi.com

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

There are no comments on this entry.

Trackbacks

There are no trackbacks on this entry.

Add a Comment

Required

Will not be published. Required

Optional