Lawak ini kami terima dari email kami. Memang lawak gak la. Mari baca dan bengang bersama. hahahaha.
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas “Encik… tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di
Ipoh…cakap pada anak saya.”Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia
akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?”Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.. Penumpang
disebelahnya menjawab..”Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau
sampai saya akan kejutkan!”Tapi si anak tidak mahu diam… dia pergi ke depan dan bertanya pada
pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?”Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom!
Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh….pasti dikejutkan.. !”Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.
Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas
lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur
dan tidak bangun-bangun.Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang… “Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni….perlukan kita hantar semula anak ini?”Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh…Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh .. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.“Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!” Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..”Oh sudah sampai ya!”
Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi
bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . “Bukankah kamu
hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh
makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan”p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu? hehehehe
Popularity: 6% [?]
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.








hehehhe bengang giler driver bas tu.. raser nk luku jer kepala budak tu.. ehehhee
[Reply]
Konda Kondi Reply:
July 29th, 2010 at 10:33 pm
kalo aku, aku luku jer paler dia kuat2..
haha..
tapi salah driver tu gak..
apsal tak tanya dulu..
[Reply]
cam syal.. aku luku2 kepala budak tu kot kalo aku jd pemandu.. haahah
[Reply]
Konda Kondi Reply:
July 29th, 2010 at 10:24 pm
masa aku dapat lawak ni, aku ketawa kaw2..
aku tak bajet budak tu nak makan nasi lemak tu jer bila sampai ipoh..
hahaha..
aku sekeh kuat2 budak ni..
[Reply]
haram..!! bangang nyer bdak…
[Reply]