Categories

Kehebatan Surah Al-Kautsar

Categories: Agama, Sensasi

  • Share
  • Share

Bulan puasa ni perlulah banyakkan amalan. Antara amalan yang bagus adalah membaca al-quran. Dalam entry ni aku nak bawakan sedikit info tentang surah terpendek tetapi paling banyak hikmahnya.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya’ allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About the Author

Konda kondi merupakan permainan tradisional orang Melayu. Mungkin ia kini sudah makin di lupakan. Mungkin bagi generasi yang terdahulu, permainan ini amat popular sekali. Namun, blog ini tiada kaitan langsung dengan permainan konda-kondi. Niche blog ini bebas dan penulis berhak berkongsi apa sahaja yang datang ke email penulis. Jika anda ada cerita menarik, hantarkan pada admin@kondakondi.com

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

There are no comments on this entry.

Trackbacks

There are no trackbacks on this entry.

Add a Comment

Required

Will not be published. Required

Optional